Kehidupan peribadi Sharifah Sakinah

Dua orang kakaknya terlebih dahulu bergelar pelakon pada era 90-an iaitu dramatis Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Beliau pernah menjalinkan hubungan dengan anak sulung pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima iaitu Ahmad Albab namun terputus di pertengahan jalan.

Pada tahun 2014, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan usahawan Alif Adha Jamil. [2]

Pada 28 Mac 2015, Sharifah sah bergelar isteri kepada Alif Adha Jamil dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya. Pasangan sama padan, sama cantik itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari. Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff. [3] [4]

Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 9 pagi, pada 24 Mei 2017. Bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan menerusi pembedahan itu diberi nama Anais Adha. [5] [6] Beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada awal tahun 2016. [7] [8]

Rujukan

WikiPedia: Sharifah Sakinah http://www.imdb.com/name/nm4856520/ http://www.myartis.com/2014/10/20-gambar-majlis-tu... http://www.bharian.com.my/node/43912 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... https://www.instagram.com/sharifah_sakinah/?hl=en https://www.bharian.com.my/node/138895 https://www.bharian.com.my/node/32716 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/231989/...